Feeds:
Posts
Comments

Archive for February, 2008

Cuti sempena sambutan Tahun Baru Cina pada 09hb Febuari yang lepas telah dimanfaatkan bersama oleh sebilangan Kenarianz dengan menyertai Konvoi Saturday Morning Drive (SMD) ke Lata Kinjang, Perak. Keadaan trafik yang agak lengang di sekitar Lembah Kelang membolehkan peserta-peserta Konvoi Saturday Morning Drive (SMD) ke Lata Kinjang tiba di R.V Point iaitu di Hentian Rehat & Rawat Rawang agak awal. Malah ada peserta yang tiba seawal jam 7.30 pagi lagi. Semangat dan kesungguhan peserta tersebut amatlah membanggakan sempena SMD yang pertama untuk Tahun 2008 ini.

DSC00690aa.JPG
Click for more pics
 

Sementara menunggu ketibaan peserta-peserta yang lain, sebilangan besar dari kami telah bersarapan di R & R Rawang tersebut. Setelah bersarapan, kenderaan peserta Konvoi mula ditampal dengan Sticker Konvoi dan Sticker Marshall (Mengikut senarai Marshall Terbaru). Ini adalah bertujuan bagi membolehkan pengguna jalanraya yang lain mengenali Konvoi kami. Taklimat ringkas mengenai Konvoi dan aturcara serta program untuk hari itu di sampaikan oleh Saudara Asmade serta diakhiri dengan Bacaan Doa. Adalah diharapkan dengan perubahan bagi Aturcara Majlis untuk program serta aktiviti Kenarianz tahun ini akan menjadikan setiap program serta acara yang dijalankan dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Setelah selesai bacaan doa, Konvoi mula bergerak ke arah Petronas di Hentian R & R Rawang tersebut bagi tujuan mengisi minyak serta bagi memudahkan sebilangan besar peserta melepaskan hajat masing-masing. Setelah semua selesai Konvoi mula bergerak memasuki Lebuhraya PLUS Utara Selatan dengan diketuai oleh Along84 yang bertindak sebagai Marshall (Zero aka Media Car) diikuti oleh para peserta lain yang turut dibantu oleh BHF1932 selaku Marshall (Control) dan MOVEving aka Gent yang bertindak selaku Marshall (Last Car aka Sweeper). Memandangkan jumlah kenderaan yang menyertai Konvoi SMD ke Lata Kinjang kali ini agak kecil jumlahnya maka tugas mengawal serta pemanduan didalam formasi Konvoi dapat dijalankan dengan agak mudah. Kerjasama dari semua peserta serta dengan bantuan alat komunikasi yang ada pada setiap kenderaan sangat-sangat membantu Konvoi SMD ke Lata Kinjang tersebut. Untuk rekod, inilah merupakan Konvoi pertama Kenarianz yang mana setiap kenderaan Konvoi mempunyai alat komunikasi samada Rig ataupun Handy. Selain memudahkan penyampaian maklumat trafik serta sebarang informasi, ianya juga bertindak sebagai penghibur bagi menghilangkan kebosanan serta mengelakkan peserta dari mengantuk. Apapun terima kasih kepada MOVEving aka Gent yang telah menghiburkan Konvoi SMD ke Lata Kinjang kali ini dengan celoteh tanpa hentinya serta nyanyiannya yang sungguh Versatile.

Tepat jam 10.30 pagi Konvoi mulai tiba di Hentian Rehat & Rawat Tapah dimana salah seorang peserta Konvoi iaitu Nizam_5282 yang balik ke kampungnya akan menyertai Konvoi. Konvoi juga akan berehat sebentar disini bagi membolehkan peserta Konvoi meregangkan urat serta otot masing-masing dan membeli belah buah-buahan untuk dibawa balik. Tepat jam 11 pagi Konvoi mula bergerak semula ke Exit Tapah bagi meneruskan perjalanan ke Lata Kinjang. Setelah hampir setengah jam berkonvoi, akhirnya Konvoi berjaya tiba dengan selamat ke Tapak Perkelahan Lata Kinjang. Makanan serta peralatan untuk berkelah seterusnya dikeluarkan dan dibawa ke lokasi atau port lepak yang dipilih. Tanpa menunggu lama, makanan serta minuman mulai dijamah dan ada sebilangan besar peserta mulai menyalin pakaian bagi upacara utama iaitu “Berendam Sesuka Hati” dan acara bebas. Sedang kami meneruskan upacara utama kami disitu, kelibat seseorang yang sangat-sangat dikenali di Negeri Perak ini tiba-tiba kelihatan sambil tersenggih riang siap dengan uniform mandinya. Yaperda…. Mozweed daaa…. Beliau yang mengetahui mengenai Konvoi kami ke Lata Kinjang ini samggup mengambil ½ day bagi menyertai aktiviti kami. Wa Caya Lu Bro…

Setelah keletihan serta puas bermandi manda serta mengisi tangki masing-masing, peserta Konvoi mulai mengemas serta membersihkan kawasan rehat tersebut. Tepat jam 4.15 petang, Konvoi mulai bergerak meninggalkan pusat perkelahan Lata Kinjang tersebut dan menuju ke Selatan. Konvoi seterusnya singgah sebentar di Hentian R & R Sungai Durien bagi membolehkan peserta Konvoi menunaikan solat jamak di surau yang disediakan di situ. Seterusnya Konvoi mulai bergerak semula didalam formasi dan menuju ke selatan mengikut jalanraya persekutuan serta negeri. Tanpa ada banyak kenderaan yang melalui jalanraya tersebut, sekali lagi Konvoi dengan agak mudah melalui jalanraya tersebut dengan agak lancar. Bagi menghilangkan keletihan serta mengantuk bagi sebilangan peserta, Konvoi seterusnya berhenti di Hentian R & R Kuala Kubu Baru bagi membasahkan tekak. Setelah selesai Konvoi meneruskan perjalanan ke arah selatan sebelum berhenti semula di Masjid Jamek di Pekan Rawang bagi membolehkan peserta Solat Maghrib secara berjemaah. Konvoi seterusnya bergerak semula menghampiri Kuala Lumpur sebelum semua peserta bersurai menuju ke destinasi masing-masing.

Apapun, inilah merupakan SMD ataupun Konvoi yang paling menarik dan tidak membosankan sepanjang upacara berlangsung dan kesemua peserta sangat bekerjasama serta dengan bantuan alat komunikasi yang ada membolehkan Marshall dengan mudah mengawal kesemua peserta Konvoi.

Advertisements

Read Full Post »

Konvoi Cameron 2008

What a weekend it was…ktorg akhirnya berjaya melangsungkn aktiviti konvoi ke cameron highlands. Started off as a simple get away plan…yg akhirnya bertukar menjadi ‘road trip n bbq nite’ kat cameron.

8 of us agreed on car pooling…naik 4 bijik keta. Early morning, ktorg semua berkumpul kat Esso batu 3 shah alam, aktiviti start ngan makan cucur yg di bawa oleh sedara arip..then sesi memanas kan keadaan (heheh) n kemudian di susuli ngan agenda menampal poster ‘Di mana adik Sharlinie?’ and sticker convoy pada keta. Semua unofficial, but saja ktorg buat something yg ktorg bleh tlg contribute to society.

Konvoi gerak dlm kol 9am penuh tertib n mengikut etika berkonvoi. Perjalanan sbnrnya ok, cuma ktorg banyak berhenti atas sbb2 tertentu which melambatkn skit time sampei ke puncak. On d way gak..ktorg sempat singgah ke area jajahan MOZWEED (kenarianz perak) and membeli sedikit cenderahati dr dia…hehe ‘Kenarianz Cap’. Thanks to mr Mozweed sbb sudi meluangkn masa..walaupun keje.

Sampai2 kat atas, ktorg masuk umah n unpack barang. kejap je melepak..ujan start turun dgn lebat nyer…huhu sejuk yg amat beb. tp ktorg sabar jer la…plan nak ke pasar malam utk beli barang2 utk wat steamboat kene tangguh sebentar. Ntah apa yg ktorg buat utk mengisi masa lapang tu..aku pun xingat. Sedar, hujan dah berenti n ktorg pun mula menjalankan plan…BARBEQUE!!

Malam tu ktorg makan sampei kenyag…byk siot lebih. puas hati ngan usaha memasak diri sendiri, masing2 snyap kekenyangan…hehe. Dah setel kemas2 semua…semua geng melepak depan tv tgk bola. aku pun join jer la walaupun xminat sgt…yg aku tau, PERAK belasah SELANGOR mlm tu…n seperti biasa, team aku kompom menang sbb aku selalu sokong team yg menang hahahaha. Dah abis bola..semua masuk bilik n borak sampei tertido….huhuh awal lak tu tdo!

Next morning pagi² lagi aku dah kene kaco ngan encik zaini aka biskut! tp xper…niat bercuti..bukan nak tdo. so aku pun gagahkn diri bangun…n kuar gi carik kedai nak brkfst. Ada yg masih tdo lagi…tp dlm 15-20min semua dah bangun n join ktorg dah. After sarapan…ktorg proceed ke pasar pagi. Diorg jer beli2 barang. aku xbeli apa pun. ntah…xminat, lgpun xder org kat umah. nak beli pun xder org nak makan. so aku tlg2 angkt2 brg diorg je. Dah setel semua tu, ktorg balik mandi..n siap2 nak gerak. lebih kurang dlm kol 12++ ktorg checkout n gerak.

On d way turun tu..sempat gak la singgah² beli barang² lain yg diorg perlukn. Niat nak mandi lata iskandar aritu tpaksa di cancelkn sbb xberapa menarik minat kitorg utk terjun….hehe. So ktorg terus proceed perjalanan balik ke KOLUMPO. Perjalanan ktorg overall best n menggembirakan…alhamdulillah xder kecederaan atau kesukaran sepanjang perjalanan.

cam biasa..ni some of the memorable pics ktorg time ‘Konvoi Cameron 2008’

Read Full Post »