Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘MyTrips’ Category

Assalamualaikum… 🙂

Camner nak tulis…panjang sgt kang, korg malas baca. Pendek sgt…serupa xyah menaip. So aku buat apa yg boleh jer la..hehehe. Citer dia camni…alhamdulillah, 5 hari yg lepas…aku and family went for a family vacation in Bali, Indonesia.

Bandar Udara Ngurah Rai Bali
Bandar Udara Ngurah Rai Bali

Citer nyer biasa jer..nak panjang lebar pun kang letih korg membaca..haha. Overall it was a great experience for us as a family, and also for me as an individual. Actually the last time ktorg ke luar negara the whole family was way back in 1996. Now over 10 years..alhamdullillah me and my sister manage to sponsor our family for a nice vacation.

In Bali we spent a about 30% of our wake time at the villa..yup, villa tu memang best. Heheh…rasa nak rilek kat villa jer. Actually we reached our villa around 4pm, and stayed in je for the rest of the day. Ptg ada la keluar jap carik2 makanan. tu pun tapau bawak balik villa. ahahhaa…. Highly recomended to stay there…easy access to kedai makan, kedai 24 jam, boutiques and other shops along jalan yg sama. Could see my shots of the villa here -> VILLA JODIE SHOTS

Hard Rock Bali
Hard Rock Bali

The other 70% of our wake time cam biasa la..ktorg jadi tourist round2 Bali. 2nd day in Bali, ktorg jelajah Kuta it self..kitorg jalan kaki je area2 tu. Few stops here and there..actually hampir semua shop ktorg masuk..hahah window shopping jer pun..Some of it was Kuta Centro, Hard Rock Megastore, Mooks, RipCurl, Oakley, Dolce & Gabbana and many more la..ada gak singgah2 kedai2 kecik yg jual2 barangan local.

Selain Kuta, ktorg gak sempat ke Kintamani on the 3rd day..unfortunately, ktorg sempat je ke Kintamani. But unable to see anything due to rain. Sampai2 kat atas, it was cold..we decided to proceed down je since ktorg malas nak tunggu hujan berenti. Next stop Ubud…lepas lunch apa semua, ktorg singgah ke Art Market in Ubud. A lot of things sold there..local items, local crafts, souveniers, clothings and not to forget CHEAP!! CHEAP!! paintings..

Ubud Art Market

Ubud Art Market

I’m not an expert at paintings and art, tp compared to harga yg biasa aku tgk. Yg ni mmg la murah giler…so after grabbing few souveniers, few art paintings, ktorg langsung naik mobil and headed to see the ‘Kecak Dance’ show. After the show..we headed back to the villa. Heheh..tp sempat lagi singgah ke Cartoon Gallery which we accidentally stopped by. Purchased some stuff then balik…

4th day..cam biasa ktorg keluar dr villa around 11am. Daily routine, bukak mata around 8.30am, gi breakfast which was prepared at the dining table (view photo here). lepas bfast, rehat2 jap…then swimming..hihi, bukak baju terjun terus. Lepas tu dlm kol 10++ siap2 la nak keluar. 4th day hmm…

Relaxing @ Villa Jodie

Relaxing @ Villa Jodie

ktorg singgah jap ke Kuta, beli2 barang lagi..then proceeded tu Nusa Dua, konon nak main water sports.

Sampei2 xder mende pun..sbb dorg style main blah pagi…huhuh. Anyways, balik dr Nusa Dua..sepatutnya nak ke Tanah Lot nak tgk sunset…but another unfortunate event, ntah mende ntah driver ktorg tb2 wat LAHANAT lak..dia ckp dia ada hal kol 5pm so kene htr ktorg balik villa. Walhal ktorg dah book him for 10hrs on that day. Krung krang krung krang..talk..talk..tak..call..call..call…last2 ktorg balik villa jer. ampehs!! missed the sunset….haih…

Jimbaran Bay Seafood

Jimbaran Bay Seafood

But no worries…kt masih dlm mood bercuti, so lepak villa ptg tu pun cun. ahaha…dpt rilek2 dlm aircond, katil n tilam empuk..then mandi2 pool depan bilik..it turn out to be great. Around jam setengah delapan (7.30) ktorg dah arrange a pick up utk dinner kat Jimbaran. We spent a wonderfull family dinner kat Jimbaran Bay Seafood…makan sampei kenyang then balik villa tdo…hahaha.

Last day in Bali…5th day, mmg aku dah plan ambik flight around 3++pm supaya ktorg senang checkout and gi airport terus. X yah susah2 nak tunggu sampei malam…or nak bergegas ambik flight awal pagi. So sedang elok la…wake up, bfast..swimming lagi :p then pack2. kol 1pm checkout terus ke airport. Kat airport sempat lagi usha2 barang nak habiskn wang berjuta2 rupiah..b4 balik Msia.

Hopped on board our flight around 3.05pm and landed back in Malaysia some where around 6.30pm. Sampei2 rumah around 9pm..balik terus terbongkang semua…. -FIN-

More of our vacation pics can be seen in my FlICKR

And to view my shots of Villa Jodie please click HERE

Read Full Post »

Yup..satu lagi trip aku utk tahun nih. ke Cameron Highlands bersama rakan2. Not much of activity going on..what to expect from a one night trip right? Tp alhamdulillah everything went great. Perjalanan lancar, cuaca menyebelahi ktorg, BBQ + Food was great…overall it was a another relaxing and fun trip. Sorry, xbyk citer since pergi sabtu balik ahad…ngheheh.
Not forgetting my camera..again i brought my trusty Sony A100 with me. Took approximately 300 snaps, tp byk yg aku rasa xbest..ngeheh. Yg dah delete pun ada. So out of all of the shots taken. Ni jer la yg aku ada idea nak edit. Nak comment?? silakan….

~haih~ 7 keping jer huhuhuh…

Read Full Post »

Had the opportunity to went on a trip to Pulau Kapas, Terengganu last weekend.
Overall trip was fun, tiring and satisfying! Thanks to En. Rahmat for organizing the trip. Looking forward for future trips.
Pulau Kapas was a calm and peaceful place. Nice white sandy beaches, crystal clear green/blue waters.
Heheh..spent a lot of time snorkeling with the guys…end up aku menjadi semakin golap. hahaha…
Very budgeted trip. Spend RM300.00 for the whole trip including buying some keropok losong and titbits for my family. super!!

Here are some pics that I thought was the best for this trip taken with my Sony alpha a100

p/s: Open for any comment…thanks!

Read Full Post »

30.01.2009 – 01.02.2009
telah diadakan acara julung kali utk KENARIANZ, setelah secara sah nya sebagai persatuan berdaftar di bawah ROS. Untuk tahun ni, FD&AGM telah diadakan di Bayu Beach Resort PD.
Activity cam biasa berjalan lancar…nak tulis pun byk sangat. Overall semua memuaskn, chronology perjalanan acara diringkaskn seperti berikut:

30.01.2009 (4.30pm)
– konvoi bergerak ke Bayu Beach Resort PD.
– sampai di Hotel, sambutan mesra oleh urusetia..heheh
– agih2 kunci, dpt merchandise apa semua…
– masuk bilik masing2 n rehat la.
– team karok menyiapkn persiapan equipment..
– dlm kol 8 dah aku dah start test mic..hahaha menyumbangkn 2-3 lagu
– peserta mulai dtg utk majlis BBQ
– acara makan2..diselang seli ngan cabutan bertuah n karaoke oleh warga knrnz…
– dlm kol 12, pack…n naik bilik
…….hehehe xabis lagi
– bilik 406 & 408 meneruskn sessi karok…DALAM BILIK!!! hahaha…korg bayangkn equipment karok utk pentas, ktorg pasang dlm bilik…sambung karok! hehe..sampei letih, ktorg tdo la.

31.01.2009 (8.00am)
– hehe..saje je gimik, kol 9 br aku bgn.
– gi sarapan..then terus proceed ke pantai utk acara sukaneka
– aku xmain..aku uruskn sukaneka aritu…
– main sampei tghri…sblm semua menjamu selera mkn tgri yg disediakn oleh pihak hotel.
– hehe…lepas mkn, activity bebas smpei ptg. 406&408 sambung karok lagi…hahaha.
– 8pm….acara AGM berlangsung sampei kol 12am
– tahniah pada yg dilantik..
– selesai jer AGM, bebudak ajak gi memancing. hehe..aku cam biasa, layan n temankn jer. aku mana reti mancing2 nih.
– dlm kol 3 kot..semua pengsan.

01.02.2009 (12.30pm)
– semua berkumpul di lobby hotel
– gi tangkap2 gambar
– gi lunch
– konvoi balik ke KL. total 19bijik kenari…bebudak Perak dah balik awal.
– smpei rumah aku pengsan..heheh.

itu sahaja..sekian, wasalam.
Gambar???…haaa kt bwh ni ada teaser skit2. selebihnye kene tgk kat cni yer..

fd_thumbs

Read Full Post »

Jumaat – 01.08.08

Last weekend on 1st-3rd of august, me n my friends went on a road trip to MELAKA. huhuh, dah lama xjalan2 ngan rakan gagak aku nih. Actually aku agak berbelah bagi nak gi sbb yer la, bapak aku dlm keadaan xberapa sihat kat rumah..xkan aku lak nak gi jalan2 kn? tu yg menyebabkn aku agak berbelah bagi nak pergi. Tapi atas hasutan dan pujuk rayu kwn2 aku ni, aku pun xsampai hati xpergi..last aku buat keputusan untuk pergi bergumbira bersama rakan2 aku (setelah aku pastikn semua keperluan dan ada org jaga bapak n mak aku).

Trip kali ni bermula lebih kurang kol 12 tgh mlm pada 01.08.08. Lepas jer drpd NOS kat ttdi..n lepas bacaan doa al-fadhil Arep Bengkang aka Adek Baywatch merangkap Pua Kumbu, konvoi yg di anggotai oleh 5 buah kenari, 5 biji handy dan 10 org rakan mula bergerak menuju ke hentian RnR Ayer Keroh. Konvoi berjalan lancar dgn gelak ketawa bebudak nih..hehe, wlpun dlm 5 buah keta yg berasingan..ktorg masih dpt berhubung dgn ada nya handy (walkie talkie) sbg alat communication ktorg sepanjang trip nih. Dengan pemanduan yg santai..ktorg sampei d RnR Ayer Keroh lebih kurang jam 1.30 pagi. Hehehe, apa lagi..masing2 wat activity sendiri. Ada yg straight tdo sbb keletihan (nan, anim n effa) ada gak yg melantak dulu..hehe aku la tu, layan oo KFC pepagi nih. Lepas semua kekenyangan apa lagi..masuk keta, aku pun tdo gak…sapa ada seat mOvE cam keta sham untung..sedap tdo. (Sham ngan Arip rajin sentri oo…)


Sabtu – 02.08.08

2nd day? kira 2nd day la nih…lepas Subuh ‘team terjah’ memulakan tugasan memberi salam dan mengetuk cermin2 keta ‘suspects‘ ahahahaha. Siap2 mandi apa semua..lepas short brief on routes n activities, konvoi terus gerak menuju ke bandar Melaka lebih kurang dlm jam 8.30am. Hahaha, asal nyer nak gerak kol 8..tp ada la sebijik keta ni (KBK****) ntah mana ntah dia letak tiket TOL dia..menggagau gak ktorg carik pagi tu, siap usha2 tong sampah ooo takut terbuang. Empunya kenderaan dah mula panik, langsung tiada senyuman maupun suara kecil yg kedengaran dr nya…(hahahaha ampeh nak tergelak aku taip benda nih). Anyway…pendek kn citer, tiket berjaya di jumpai terselit kat blkg radio oleh ‘boh nan’…haha tu la len kali kalo nak jolok..tgk2 aa. Kalo xreti..suh org yg berpengalaman…(hehe bukan aku)

Seperti biasa, dgn adanya alat komunikasi 2 hala..konvoi bergerak lancar sehingga ke pinggiran bandar Melaka. Heheh..naper pinggiran? sbb aku xtau nama tempat tu..cuma aku tau, dah dekat nak sampai. Ktorg berhenti sarapan pagi di salah sebuah warung tepi jalan. Cukup syarat jer isi perut..lepas tu, terus gerak gi bandar. Sepanjang pagi tu ktorg pusing2 bandar Melaka, tangkap2 gambar dan bergelak ketawa. Apa yg di gelak pun aku xpasti..but whatever it is, ktorg had fun! Agak2 dah tghri waktu Melaka..setelah tgk apa yg patut, beli apa yg perlu n tangkap gambar mana yg berkenan…perjalanan di teruskn ke Pantai Klebang utk sessi makan tghri. Then abis mkn apa semua..ktorg terus proceed ke Pengkalan Balak, port ktorg berehat untuk malam tersebut. hehe…dlm perjalanan tu sempat ooo singgah angkt durian wat bahan petang tu. Sampai2 kat chalet member tasha..ktorg masing2 pengsan..haha panas pun panas woo, mata n badan sudah tara tahan. Tp kejap je lentok..dlm kol 4 camtu rata2 semua dah bangun balik mandi apa semua pastu lepak tepi pantai sambil menghirup udara segar + abc + durian…huhuhu layan wooo.


Plan nak main bola, karaoke, ngail apasemua bertukar menjadi mimpi indah bila semua layan tdo pastu..ampeh, sampei mlm xder sebarang aktiviti sbb semua agak keletihan. letih apa pun aku xtau…aku ngan arep yer la..letih berlatih jd baywatch (bukan main lagi ajak mandi pantai..last2 aku ngan arep jer…). Blah malam lak, cam biasa dinner ‘seafood’ kat tepi pantai..heheh, seronok gak aa jalan mlm2 dr chalet ke tmpt makan. Lama dah xjalan kaki.. (hahaha tu pun kebetulan, kalo tau jauh mmg aku naik keta!). Lepas mkn semua bantai tdo…hmm, xsemua la. yg bujang2an ni semua masuk bilik layan kutuk, layan gelak org..sampei la sekor2 tertido….zzzzzzzzz!

Ahad – 03.08.08

3rd day…bangun awal siot!! Sapa ntah kejut..sedar2 semua dah siap2 nak mandi apa semua. Siap2 mandi..semua melepak tepi pantai (ada warung owner chalet kat ctu) pekena nasi lemak, sandwich ngan teh tarik. Dah siap isi perut, packing apa yg patut, ktorg pun check out lebih kurang dlm kol 10am. Konvoi terus bergerak menuju ke Ayer Keroh…plan asal nyer nak ke ZOO Melaka. Tp plan menjadi 50-50 bila hujan mula turun on d way ke ctu. Sebaik sampei Ayer Keroh, zero terus lead ktorg kuar dr Ayer Keroh menuju ke KL disebabkn keadaan cuaca yg tidak mengizinkn ktorg utk melawat ke zoo. Heheh..tp hujan tu hujan berkat, berkat hari hujan tu..ktorg sempat singgah d RnR ayer keroh utk menikmati makan tghri yg lazat..asam pedas apa ntah dorg mkn, aku makan bihun goreng jer. Ngam2 ktorg abis mkn..hujan dah start berenti n hari kembali cerah..hahaha apa lagi, ktorg sebulat suara wat keputusan nak pusing balik gi gak zoo tu…bukan apa, dah gi jauh2..apa barang kol 12 tghari dah nak balik KL. huhuhuh. So aktiviti seterusnya ialah melawat zoo sampei la ke petang. Macam2 binatang la dlm tu..abis semua ktorg gelakkn…huhu detail xyah citer la (huuh…bila ntah aku last masuk zoo).

Lebih kurang jam 5pm, ktorg pun membuat persiapan terakhir utk pulang ke pangkal jalan…Isi perut lagi, basah tekak lagi sampei semua puas. Konvoi diteruskn ke Kuala Lumpur. Sepanjang perjalanan balik, keadaan trafic agak sesak menyebabkn konvoi pun bergerak perlahan. Tp xper..janji selamat. Hmmm..yg xbest nyer konvoi kali ni lupa nak tangkap gambar on the road. InsyaAllah, perancangan trip seterusnya udah ada dlm perancangan..cuma tarikh jer lom berjaya mendapat kata putus. Road trip kali ini berakhir lebih kurang jam 6.30 ptg bila semua bergerak meninggalkn restoran dangdut (hehe..aku xtau nama daa) yg menjadi last checkpoint kami sblm masing2 balik ke rumah.

Overall the trip was a success!!

Thanks to all:

1. GG003 – Nan & Anim (Zero Car)

2. GG006 – Arip & Biskut

3. GG000 – Sham & Nazar

4. GG007 – Ross & Effa

5. GG008 – Tasha & Rezal (Last car)

Koleksi Foto Trip [ Click Here ]

p/s: sorry entry panjang berjela..sekadar untuk kenangan diriku sendiri..kalo nak baca silakan..kalo malas, tgk gambar sudah!

arriiooss!!

Read Full Post »

Assalamualaikum semua, ahahah…lama dah aku xupdate blog aku ni ha..

Entry kali ni, lagi sekali aku nak citer pasal konvoi trip ktorg. Hmm..ni kira konvoi rakan2 la, xder kene mengena ngan mana2 kelab. Cumanya ktorg kebetulan berkenalan di dlm kelab tersebut…heheh. Anyway, konvoi kali ni membawa ktorg ke ‘Janda Baik’. Activity yg sempoi dan santai..

Konvoi mula berkumpul di Shell Tmn Melati dlm jam 7.30 pagi. Sedikit breifing dari rakan2 yg incharge, dlm pukul 8 kitorg pun memulakan konvoi menuju ke destinasi (hehe..aku ngan family aku lambat sampai sbnrnya, sbb tu aku xtau dio breifing apa). Nasib baik ada ICOM-V899 aku..hihi wlpun imitation, but masih bleh berfungsi sbg alat komunikasi. So wlpun tertinggal breifing, diorg masih leh update aku dlm jaluran.

Perjalanan mengambil masa kurang 1jam…dlm kol 9 ktorg dah pun sampai. Activity mandi manda terus dilakukan tanpa nyempat2 stretching..hiihih. Activity mandi manda di selang selikn ngan activity berjemur pada mereka yg dah kesejukan..hahah. Lebih kurang dlm kol 12, mkn tghri pun sampai..haa memandangkn tema kali ni mmg santai, mkn tghri pun ktorg cater. Ok gak mkn nyer..siap ikan bakar lagi. Dah kenyang perut..n dah berehat sekejap…hehe apa lagi, terjun balik aa!!! Konvoi mula bergerak balik dlm kol 1.00pm..

Yg best konvoi kali ni ialah, adik aku Rezuan bawak camera lomo fish eye siap ngan waterproof casing dia. So beriya la ktorg semua tangkap gambar dlm air..huhu, tp memandangkn air sungai..so xder la nak expect result dia sejernih air swimming pool! Hmm..tu lah, best gak ada camera ni. xpernah lg tangkap gambar dlm air..so kat bawah ni antara gambar2 yg ktorg tangkap aritu..yg selebihnyer sila la ke FLICKR aku yer.

Read Full Post »

Cuti sempena sambutan Tahun Baru Cina pada 09hb Febuari yang lepas telah dimanfaatkan bersama oleh sebilangan Kenarianz dengan menyertai Konvoi Saturday Morning Drive (SMD) ke Lata Kinjang, Perak. Keadaan trafik yang agak lengang di sekitar Lembah Kelang membolehkan peserta-peserta Konvoi Saturday Morning Drive (SMD) ke Lata Kinjang tiba di R.V Point iaitu di Hentian Rehat & Rawat Rawang agak awal. Malah ada peserta yang tiba seawal jam 7.30 pagi lagi. Semangat dan kesungguhan peserta tersebut amatlah membanggakan sempena SMD yang pertama untuk Tahun 2008 ini.

DSC00690aa.JPG
Click for more pics
 

Sementara menunggu ketibaan peserta-peserta yang lain, sebilangan besar dari kami telah bersarapan di R & R Rawang tersebut. Setelah bersarapan, kenderaan peserta Konvoi mula ditampal dengan Sticker Konvoi dan Sticker Marshall (Mengikut senarai Marshall Terbaru). Ini adalah bertujuan bagi membolehkan pengguna jalanraya yang lain mengenali Konvoi kami. Taklimat ringkas mengenai Konvoi dan aturcara serta program untuk hari itu di sampaikan oleh Saudara Asmade serta diakhiri dengan Bacaan Doa. Adalah diharapkan dengan perubahan bagi Aturcara Majlis untuk program serta aktiviti Kenarianz tahun ini akan menjadikan setiap program serta acara yang dijalankan dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Setelah selesai bacaan doa, Konvoi mula bergerak ke arah Petronas di Hentian R & R Rawang tersebut bagi tujuan mengisi minyak serta bagi memudahkan sebilangan besar peserta melepaskan hajat masing-masing. Setelah semua selesai Konvoi mula bergerak memasuki Lebuhraya PLUS Utara Selatan dengan diketuai oleh Along84 yang bertindak sebagai Marshall (Zero aka Media Car) diikuti oleh para peserta lain yang turut dibantu oleh BHF1932 selaku Marshall (Control) dan MOVEving aka Gent yang bertindak selaku Marshall (Last Car aka Sweeper). Memandangkan jumlah kenderaan yang menyertai Konvoi SMD ke Lata Kinjang kali ini agak kecil jumlahnya maka tugas mengawal serta pemanduan didalam formasi Konvoi dapat dijalankan dengan agak mudah. Kerjasama dari semua peserta serta dengan bantuan alat komunikasi yang ada pada setiap kenderaan sangat-sangat membantu Konvoi SMD ke Lata Kinjang tersebut. Untuk rekod, inilah merupakan Konvoi pertama Kenarianz yang mana setiap kenderaan Konvoi mempunyai alat komunikasi samada Rig ataupun Handy. Selain memudahkan penyampaian maklumat trafik serta sebarang informasi, ianya juga bertindak sebagai penghibur bagi menghilangkan kebosanan serta mengelakkan peserta dari mengantuk. Apapun terima kasih kepada MOVEving aka Gent yang telah menghiburkan Konvoi SMD ke Lata Kinjang kali ini dengan celoteh tanpa hentinya serta nyanyiannya yang sungguh Versatile.

Tepat jam 10.30 pagi Konvoi mulai tiba di Hentian Rehat & Rawat Tapah dimana salah seorang peserta Konvoi iaitu Nizam_5282 yang balik ke kampungnya akan menyertai Konvoi. Konvoi juga akan berehat sebentar disini bagi membolehkan peserta Konvoi meregangkan urat serta otot masing-masing dan membeli belah buah-buahan untuk dibawa balik. Tepat jam 11 pagi Konvoi mula bergerak semula ke Exit Tapah bagi meneruskan perjalanan ke Lata Kinjang. Setelah hampir setengah jam berkonvoi, akhirnya Konvoi berjaya tiba dengan selamat ke Tapak Perkelahan Lata Kinjang. Makanan serta peralatan untuk berkelah seterusnya dikeluarkan dan dibawa ke lokasi atau port lepak yang dipilih. Tanpa menunggu lama, makanan serta minuman mulai dijamah dan ada sebilangan besar peserta mulai menyalin pakaian bagi upacara utama iaitu “Berendam Sesuka Hati” dan acara bebas. Sedang kami meneruskan upacara utama kami disitu, kelibat seseorang yang sangat-sangat dikenali di Negeri Perak ini tiba-tiba kelihatan sambil tersenggih riang siap dengan uniform mandinya. Yaperda…. Mozweed daaa…. Beliau yang mengetahui mengenai Konvoi kami ke Lata Kinjang ini samggup mengambil ½ day bagi menyertai aktiviti kami. Wa Caya Lu Bro…

Setelah keletihan serta puas bermandi manda serta mengisi tangki masing-masing, peserta Konvoi mulai mengemas serta membersihkan kawasan rehat tersebut. Tepat jam 4.15 petang, Konvoi mulai bergerak meninggalkan pusat perkelahan Lata Kinjang tersebut dan menuju ke Selatan. Konvoi seterusnya singgah sebentar di Hentian R & R Sungai Durien bagi membolehkan peserta Konvoi menunaikan solat jamak di surau yang disediakan di situ. Seterusnya Konvoi mulai bergerak semula didalam formasi dan menuju ke selatan mengikut jalanraya persekutuan serta negeri. Tanpa ada banyak kenderaan yang melalui jalanraya tersebut, sekali lagi Konvoi dengan agak mudah melalui jalanraya tersebut dengan agak lancar. Bagi menghilangkan keletihan serta mengantuk bagi sebilangan peserta, Konvoi seterusnya berhenti di Hentian R & R Kuala Kubu Baru bagi membasahkan tekak. Setelah selesai Konvoi meneruskan perjalanan ke arah selatan sebelum berhenti semula di Masjid Jamek di Pekan Rawang bagi membolehkan peserta Solat Maghrib secara berjemaah. Konvoi seterusnya bergerak semula menghampiri Kuala Lumpur sebelum semua peserta bersurai menuju ke destinasi masing-masing.

Apapun, inilah merupakan SMD ataupun Konvoi yang paling menarik dan tidak membosankan sepanjang upacara berlangsung dan kesemua peserta sangat bekerjasama serta dengan bantuan alat komunikasi yang ada membolehkan Marshall dengan mudah mengawal kesemua peserta Konvoi.

Read Full Post »

Older Posts »