Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘radio amatur’

Cq…Cq..Cq….calling any stations,
this is 9W2NZY standing by…

Nghehehe….alhamdulillah, setelah agak setahun berkenalan dgn radio amatur nih, dgn berkat dorongan n ‘racunan’ rakan2 aku akhirnya OFFICIALLY bergelar Pengendali Radio Amatur bermula tarikh ari ni iaitu 04.03.2009.

Walaupun dah hampir sebulan berlalu setelah mendapat result RAE sessi-2 2008, aku ttp cool wlpun member2 dah ramei gi register kat MCMC (hahaha..ayat nak tahan panas di dada) anyway..ari ni pagi2 lagi aku bangun utk ke shah alam. kebetulan ari ni mmg mtk cuti utk uruskn hal lain di PKNS shah alam, aku sekalikn la dgn menguruskn pendaftaran Apparatus Assignment (AA) di MCMC.

Pejabat MCMC Shah Alam

Pejabat MCMC Shah Alam

Heheh..thanks to abg Aziran (9W2AZX) dan jugak Nan (9W2BOH) yg sudi menemani aku pagi tu…hehe pagi xpagi la. Registration memakan masa xsampei 15min lah…amat mudah dan pantas sekiranya semua dokumen mencukupi. Layanan manis dan mesra akak yg keje kat MCMC tu pun cukup menyejukn kan hati…xgitu abg aziran?? ahahaha.

So now…alhamdulillah, callsign pilihan pertama pun dah dapat iaitu 9W2NZY (nine-whiskey-two-november-zulu-yankee)…kenapa aku memilih callsign tersebut? amat mudah jawaban nyer…hihi. sbb tu sbhgian dr nama aku. Aku yakin, most of pengendali radio amatur yg dah ada callsign..akan memilih satu callsign yg represent them. So for me, NZY di pilih (bajet nak ambik NZR – as in Nazar, tp dah ada org pakei..maybe one day bleh QSO ngan dia) so as an alternatif, NZY dipilih as in NaZarudY. (tp ramei yg assume nama aku Nazrey) hahaha. xper…mana yg salah diperbetulkn macam tu..

Ok, balik2 jer dr MCMC…aku telah membuat pancaran pertama secara sah di V44…hehe QSO ngan sapa lagi, 9W2BOH n 9W2AZX la…ampeh kene gelak ngan dorg nih. mentang2 aku org baru huhuh. Tp alhamdulillah…QSO punya QSO. sempat gak berQSO ngan rakan ham yg lain di jalur simplex. Untuk 1st day aku ari ni…aku cuma berQSO di simplex channel jer…xberani masuk repeater. heheh…antara lain yg aku sempat QSO ari ni.. 9W2LKB, 9W2WPG, 9W2OOB, 9W2LLH. alhamdulillah, untuk hari pertama walaupun xseberapa. InsyaAllah kalo di beri peluang and ada kelapangan kt akan singgah la di mana2 repeater yg bleh di capai..

So sekadar berkongsi la ngan sapa2 yg baca blog aku ni…ni few pic equipment radio amatur aku. Sekian…wassalam!

Advertisements

Read Full Post »

Peserta Kejohanan Bowling Pradas 2008

Peserta Kejohanan Bowling Pradas 2008

Last weekend on 17th of august, Persatuan Peminat Radio Amatur Dua Hala Selangor (PRADAS) telah menjalankan aktivit Kejohanan Bowling PRADAS yg pertama bertempat di U-Bowl, One Utama. Sebanyak 14 pasukan telah mengambik bahagian yg terdiri drpd 60 org peserta..hehe ada yg rakan PRADAS, ada yg bukan..tp yg pentingnya komitmen dan keseronokan yg tergambar di wajah setiap peserta.

Team Sniper 3

Dalam tournament ni, aku pun ada ambik bhgian..berganding ngan abg pol (PRPOL), rezal (PRREZ) ngan arip (hehe..bila nak ambik callsign nih?). Baling nyer baling..campak nyer campak..alhamdulillah dpt tempat ke-5. Dpt la trophy n piring cenderahati…ada wat cabutan bertuah gak kali ni..hehe dpt la towel pradas.

Tahniah kepada team penganjur PRADAS kerana menjayakn aktiviti ni, harap len kali buat lagi..hehehe.

Nak tgk koleksi gambar time tournament, please click here!

**Note: Gambar2 ehsan dr abg yun PRXN/9W2YYB.

hehe…gambar ni aku saje letak sbb baby ni comel..anak PRMYZ-PRSYZ, nama nyer aku lupa lak. Tp yg aku ingat ada Mohd *** Daniel la…yg tgh tu aku lupa. heheh…geram siot!

Baby PRADAS

Baby PRADAS

Read Full Post »

Jumaat – 01.08.08

Last weekend on 1st-3rd of august, me n my friends went on a road trip to MELAKA. huhuh, dah lama xjalan2 ngan rakan gagak aku nih. Actually aku agak berbelah bagi nak gi sbb yer la, bapak aku dlm keadaan xberapa sihat kat rumah..xkan aku lak nak gi jalan2 kn? tu yg menyebabkn aku agak berbelah bagi nak pergi. Tapi atas hasutan dan pujuk rayu kwn2 aku ni, aku pun xsampai hati xpergi..last aku buat keputusan untuk pergi bergumbira bersama rakan2 aku (setelah aku pastikn semua keperluan dan ada org jaga bapak n mak aku).

Trip kali ni bermula lebih kurang kol 12 tgh mlm pada 01.08.08. Lepas jer drpd NOS kat ttdi..n lepas bacaan doa al-fadhil Arep Bengkang aka Adek Baywatch merangkap Pua Kumbu, konvoi yg di anggotai oleh 5 buah kenari, 5 biji handy dan 10 org rakan mula bergerak menuju ke hentian RnR Ayer Keroh. Konvoi berjalan lancar dgn gelak ketawa bebudak nih..hehe, wlpun dlm 5 buah keta yg berasingan..ktorg masih dpt berhubung dgn ada nya handy (walkie talkie) sbg alat communication ktorg sepanjang trip nih. Dengan pemanduan yg santai..ktorg sampei d RnR Ayer Keroh lebih kurang jam 1.30 pagi. Hehehe, apa lagi..masing2 wat activity sendiri. Ada yg straight tdo sbb keletihan (nan, anim n effa) ada gak yg melantak dulu..hehe aku la tu, layan oo KFC pepagi nih. Lepas semua kekenyangan apa lagi..masuk keta, aku pun tdo gak…sapa ada seat mOvE cam keta sham untung..sedap tdo. (Sham ngan Arip rajin sentri oo…)


Sabtu – 02.08.08

2nd day? kira 2nd day la nih…lepas Subuh ‘team terjah’ memulakan tugasan memberi salam dan mengetuk cermin2 keta ‘suspects‘ ahahahaha. Siap2 mandi apa semua..lepas short brief on routes n activities, konvoi terus gerak menuju ke bandar Melaka lebih kurang dlm jam 8.30am. Hahaha, asal nyer nak gerak kol 8..tp ada la sebijik keta ni (KBK****) ntah mana ntah dia letak tiket TOL dia..menggagau gak ktorg carik pagi tu, siap usha2 tong sampah ooo takut terbuang. Empunya kenderaan dah mula panik, langsung tiada senyuman maupun suara kecil yg kedengaran dr nya…(hahahaha ampeh nak tergelak aku taip benda nih). Anyway…pendek kn citer, tiket berjaya di jumpai terselit kat blkg radio oleh ‘boh nan’…haha tu la len kali kalo nak jolok..tgk2 aa. Kalo xreti..suh org yg berpengalaman…(hehe bukan aku)

Seperti biasa, dgn adanya alat komunikasi 2 hala..konvoi bergerak lancar sehingga ke pinggiran bandar Melaka. Heheh..naper pinggiran? sbb aku xtau nama tempat tu..cuma aku tau, dah dekat nak sampai. Ktorg berhenti sarapan pagi di salah sebuah warung tepi jalan. Cukup syarat jer isi perut..lepas tu, terus gerak gi bandar. Sepanjang pagi tu ktorg pusing2 bandar Melaka, tangkap2 gambar dan bergelak ketawa. Apa yg di gelak pun aku xpasti..but whatever it is, ktorg had fun! Agak2 dah tghri waktu Melaka..setelah tgk apa yg patut, beli apa yg perlu n tangkap gambar mana yg berkenan…perjalanan di teruskn ke Pantai Klebang utk sessi makan tghri. Then abis mkn apa semua..ktorg terus proceed ke Pengkalan Balak, port ktorg berehat untuk malam tersebut. hehe…dlm perjalanan tu sempat ooo singgah angkt durian wat bahan petang tu. Sampai2 kat chalet member tasha..ktorg masing2 pengsan..haha panas pun panas woo, mata n badan sudah tara tahan. Tp kejap je lentok..dlm kol 4 camtu rata2 semua dah bangun balik mandi apa semua pastu lepak tepi pantai sambil menghirup udara segar + abc + durian…huhuhu layan wooo.


Plan nak main bola, karaoke, ngail apasemua bertukar menjadi mimpi indah bila semua layan tdo pastu..ampeh, sampei mlm xder sebarang aktiviti sbb semua agak keletihan. letih apa pun aku xtau…aku ngan arep yer la..letih berlatih jd baywatch (bukan main lagi ajak mandi pantai..last2 aku ngan arep jer…). Blah malam lak, cam biasa dinner ‘seafood’ kat tepi pantai..heheh, seronok gak aa jalan mlm2 dr chalet ke tmpt makan. Lama dah xjalan kaki.. (hahaha tu pun kebetulan, kalo tau jauh mmg aku naik keta!). Lepas mkn semua bantai tdo…hmm, xsemua la. yg bujang2an ni semua masuk bilik layan kutuk, layan gelak org..sampei la sekor2 tertido….zzzzzzzzz!

Ahad – 03.08.08

3rd day…bangun awal siot!! Sapa ntah kejut..sedar2 semua dah siap2 nak mandi apa semua. Siap2 mandi..semua melepak tepi pantai (ada warung owner chalet kat ctu) pekena nasi lemak, sandwich ngan teh tarik. Dah siap isi perut, packing apa yg patut, ktorg pun check out lebih kurang dlm kol 10am. Konvoi terus bergerak menuju ke Ayer Keroh…plan asal nyer nak ke ZOO Melaka. Tp plan menjadi 50-50 bila hujan mula turun on d way ke ctu. Sebaik sampei Ayer Keroh, zero terus lead ktorg kuar dr Ayer Keroh menuju ke KL disebabkn keadaan cuaca yg tidak mengizinkn ktorg utk melawat ke zoo. Heheh..tp hujan tu hujan berkat, berkat hari hujan tu..ktorg sempat singgah d RnR ayer keroh utk menikmati makan tghri yg lazat..asam pedas apa ntah dorg mkn, aku makan bihun goreng jer. Ngam2 ktorg abis mkn..hujan dah start berenti n hari kembali cerah..hahaha apa lagi, ktorg sebulat suara wat keputusan nak pusing balik gi gak zoo tu…bukan apa, dah gi jauh2..apa barang kol 12 tghari dah nak balik KL. huhuhuh. So aktiviti seterusnya ialah melawat zoo sampei la ke petang. Macam2 binatang la dlm tu..abis semua ktorg gelakkn…huhu detail xyah citer la (huuh…bila ntah aku last masuk zoo).

Lebih kurang jam 5pm, ktorg pun membuat persiapan terakhir utk pulang ke pangkal jalan…Isi perut lagi, basah tekak lagi sampei semua puas. Konvoi diteruskn ke Kuala Lumpur. Sepanjang perjalanan balik, keadaan trafic agak sesak menyebabkn konvoi pun bergerak perlahan. Tp xper..janji selamat. Hmmm..yg xbest nyer konvoi kali ni lupa nak tangkap gambar on the road. InsyaAllah, perancangan trip seterusnya udah ada dlm perancangan..cuma tarikh jer lom berjaya mendapat kata putus. Road trip kali ini berakhir lebih kurang jam 6.30 ptg bila semua bergerak meninggalkn restoran dangdut (hehe..aku xtau nama daa) yg menjadi last checkpoint kami sblm masing2 balik ke rumah.

Overall the trip was a success!!

Thanks to all:

1. GG003 – Nan & Anim (Zero Car)

2. GG006 – Arip & Biskut

3. GG000 – Sham & Nazar

4. GG007 – Ross & Effa

5. GG008 – Tasha & Rezal (Last car)

Koleksi Foto Trip [ Click Here ]

p/s: sorry entry panjang berjela..sekadar untuk kenangan diriku sendiri..kalo nak baca silakan..kalo malas, tgk gambar sudah!

arriiooss!!

Read Full Post »